Blogger Backgrounds

Wednesday, September 11, 2013

Gyra Art Facebook


Salam semuanya!! Ms Gyra nak share yang page & craft Ms Gyra dah boleh view di facebook jugak. Alhamdulillah dalam tak de masa tu sempat jugak masukkan gambar craft yang dah Ms Gyra buat kan. 

Thanx sangat pada my Mr Admin @ Mr Husband yang banyak tolong saya. Kalau sendiri buat memang xsempat la jawabnya. Hehehee...Hope sangat akan dapat support daripada viewers di luar sana.

Jemput LIKE facebook Ms Gyra ye. Jangan lupa taw!

www.facebook.com/gyraart  >> silalah merajinkan jari anda untuk LIKE page facebook saya ye...

Sampai jumpa lagi.

=)



Mood untuk menjahit craft...order sedang menunggu. Alhamdulillah. Semoga Ms Gyra kuat!! =)


Gantun Gantung

Projek ni da agak lama saya dapat. So ni baru je siap dalam last week. Request dari Bib untuk anak die UMAR QHALIF. Sebelum ni saya ada masukkan entry tok siapkan craft ni..Saya xtau nak namakan ape.So just panggil "Gantung Gantung" je la...ngee..



ini la gantung gantung UMAR punye..Die suke sangat kacau Mam & Abah die tiap kali drive..Nak bagi die snyap Bib pon mintak saya buatkan mainan tok die


Nama Umar yang besar saya isikan dengan fibre yang banyak tok bagi die sangat sangat kembong...haha







Craft Craft & Craft!!!

Aniyoo sayoo...hehe..jumpa lagi! Craft kali ni order sekali lagi dari my cousing Endong. Padahal saya dah pesan stop amek order dulu sebab takut xsempat..last2 memang agak lambat kit la siapkan..Order2 ni dari kawan2 die & lecturer jugak

Mulut si Endong ni kalau bab promote barang memang terror. hehe..Rasanya kali ke 4 kot saya da pos kat die tok order dari kawan2 die sume ..


Kat bawah ni hasil order yang dorang nak tue..tengok la..



Ada macam2 binatang kali ni & de jgk phone case order dari Amy..






Kat bawah ni Kodok Besar @ Saedon & agi satu HONEY BEE !! Order dari lecturer Endong..gmbar die da bagi then saya cume ikutkan je..hehe..bile da siap rasa sayang pulak nk bagi..xsangka saya dapat siapkan & jadi jugak rupa katak ni..hehe





Harga Saedon: RM10.00





Ha...ini honey bee bahagian depan & blakang...kali ni sebab nama di agak pendek saya boleh wat gune kain & gune kain kale2 bagi nampak lagi happening!! =)

Harga Honey Bee: RM12.00




Ini pulak phone case Amy..dari dulu soh watkan tapi baru skang bagi ukuran handphone..hope Amy suke & muat tok letak hp yer...


Harga Ph Case: RM10.00




Yang si couple ladyburg..yang hitam tu jantan & klabu tu betina..kat blakang ade saya jahitkan nama HIJRI & MIENA. Dorang nak gantung kat handphone ..


Harga Ladyburg: RM 8.00




Yang ni pun ph keychain...love couple keychain tok AS & BIE..

Harga Love: RM8.00





Kat bawah ni da siap packing & time to post!! Lets Go!! Semoga anda2 semua suke dengan hasil kerja saya ye..=)




Monday, September 2, 2013

**Veteran Carry Bag**


Hallloooo semuanya!! Terima kasih sebab sudi view page Ms Gyra yang tak seberapa indah ni. Wah..merendah diri pulak kan..

Ms Gyra nak kongsikan craft bag kali ni dijahitkan khas untuk Puan Veteran iaitu ownernya yang berumur 50-an ke atas. Ms Gyra dapat tahu owner ni nak bagi present kat mak die. So mintak Ms Gyra buatkan beg yang colournya agak dull tak terlalu menonjol sangat. 

Sebab kain felt pon dah limit so Ms Gyra pilih ungu & coklat. Kira ok la tu kan sebab banyak kain dah habis la.. hehe..nak kene update stok xlama lagi ni. 

Design yang sesuai Ms Gyra ilhamkan untuk aunty ni. Alhamdulillah customer ni nak Ms Gyra yang decide kan design sume. Asalkan sesuai dengan umur mak die katanya. =)


Hasilya seperti di bawah
-
-
-
-
-
-



Bunga 3D yang sangat jembol & comel kan. Simple je rasanya bunga ni but so sweet kan. hehe..
Yang ni di bahagian tepi kiri & kanan.


Ini design bahagian depannya. Ms Gyra pilih bunga tulip sebab rasanaya bunga ni macam very soft dengan usia aunty ni kan. Selalunya mak mak kita kan very like dengan bunga oversea ni. Alhamdulillah ramai yang puji kata design bunga tu cantik. Terima kasih ye kepada yang memuji tu..Ermm.malu pulak..syukur dengan anugerah Allah ni. 
=)


Ini pulak gambar overall Carry Bag. Boleh la aunty ni nak letak ape ape kat dalam beg ni nanti. Mana tau lepas aunty ni pakai bag Ms Gyra ramai lagi yang nak order kan..hehe..Amin. 

Harga untuk bag ni RM 50.00 

Kepada yang berminat boleh email ye gyraartdesign@gmail.com
Sms only 019 2678696

Jumpa lagi!!

**Plants vs Zombie & Owls**


Hai!! Jumpa lagi!! Ms Gyra nak share craft yang baru je dapat teMpahan. Alhamdulillah masih ade yang sudi order lagI. Mudahan la lagi bertambah rezeki Ms Gyra. =)

Kali ni Ms Gyra buatkan beg untuk kawan cousin jugak. Diorang xkesah nak design yang macam mana. Just bagi tau colour dan yang lain ikut kreativiti Ms Gyra. Alhamduillah mereka percayakan hasil kreativiti Ms Gyra. Syukur sangat sangat. Jadi untuk yang kali ni Ms Gyra jahit yang simple but cute!!


Tan Tarrrrraaaa!!!

Inilah die hasilnya!!


Plants vs Zombie ni Ms Gyra jahitkan di bahagian kiri & kanan. Dah xtau nak bat design ape. dan tetiba terfikir why not kalau buat icon game pulak kan.. 
Yang bulat bulat tu bahagian depan. Bulat bulat tu ibarat bunga la kononnya. Hehe..




So ini lah hasilnye untuk setiap angle beg. Nasib baik owner beg ni sangat suke dengan hasil beg ni!! Alhamdulillah!! 



Yang ni pulak beg kedua yang Ms Gyra jahitkan. Masih buat yang simple jugak designya cuma Ms Gyra buatkan bunga seperti Ros. Dan bahagian tepi tu ade 2 ekor burung hantu yang bertenggek di atas pokok. Cute tak? Hehe..thanx kalau cute. Kalau tak cute Ms Gyra akan asah skill lagi. hehe..


Dua dua harga beg ni Ms Gyra letakkan RM 50.00 setiap satu.  

Sampai jumpa lagi semua peminat craft Gyraart!! 
Bubbye!! =)




**Bag Baby**


Assalamualaikum semua peminat craft saya! Maaf dah lama saya tak mengupdate blog ni. Disebabkan dah berbadan dua mudah letih sikit & morning sickness. Alhamdulillah sekarang ni ms Gyra dah masuk bulan ke empat mengandung. Mudahan baby Ms Gyra sehat hendaknya. 

Macam biasa dalam pada tak sehat tu Ms Gyra still menjahit jugak. Kali ni Ms Gyra buat beg untuk simpan barang barang baby. Rasanya sebelum ni dah ade buat dah satu tapi yang ni pattern macam DADU..=)

Jom sama sama kita tengok hasilnya!!



**Bunga Sakura untuk bahagian depan design**
**Sepohon pokok berdaun cinta "I LOVE U"**
**Sepohon pokok berdaun butang**


Untuk pemegang tu Ms Gyra buatkan lebih panjang sikit & bentukkan seperti ribbon. Just tambahkan big button untuk aksesori. 
=)



Ok. Yang ni Ms Gyra tunjukkan panjang beg tu bile dipegang. Sangat besar kan beg ni..hehehe.
Beg ni still available lagi. 

Sebelum terlupa harga beg ni adalah RM 85.00 tidak termasuk post ye

Kepada yang berminat boleh la inform Ms Gyra. Just email Ms Gyra di gyraartdesign@gmail.com  

Nak cepat lagi boleh sms Ms Gyra di 019 2678696 dari 9.00 am hingga 7.00 pm. Sms sahaja yang dilayan ye. Harap Maklum. 
=)

Okay. Sampai jumpa lgi. Doakan business Ms Gyra success ye kawan kawan.